Bible dan Keganasan

Sejak dari zaman awalnya lagi, agama Kristian berhadapan dengan cabaran menyelaraskan keganasan dalam Bible dengan Tuhan yang Maha Penyayang. Ra'anan S. Boustan menegaskan bahawa "keganasan dapat ditemui di serata halaman-halaman Bible Ibrani (Perjanjian Lama) dan Perjanjian Baru."[1] Philip Jenkins menggambarkan Bible sebagai penuh sesak dengan "teks-teks /ketakutan/kezaliman".[2]

Dalam menjawab tuduhan-tuduhan ini dalam kitab suci mereka, ramai ahli teologi dan pembela Kristian membalas bahawa "Tuhan dalam Perjanjian Lama" adalah tuhan yang ganas manakala "Tuhan dalam Perjanjian Baru" adalah tuhan yang tenang dan penyayang, satu takwil yang pertama kali dicadangkan oleh Marcion dari Sinope. Pendekatan ini dicabar oleh mereka yang menunjukkan bahawa terdapat juga petikan-petikan dalam Perjanjian Baru yang bertahan, membiarkan dan malah menggalakkan pengunaan keganasan. Misalnya, Terence Freitheim menggambarkan Perjanjian Lama sebagai sebuah "kitab yang penuh dengan ...keganasan Tuhan". Dia menegaskan bahawa sementara Perjanjian Baru tidak memiliki reputasi yang sama, ia juga "dipenuhi dengan kata-kata dan perbuatan ganas, dan Jesus serta Tuhan dalam Perjanjian Baru bersubahat dalam keganasan ini.[3]

John Hemer menegaskan bahawa dua pendekatan utama yang digunakan ajaran Kristian untuk berhadapan dengan "masalah keganasan dalam Perjanjian Lama" adalah:

  1. Menumpukan lebih kepada banyak petikan yang menggambarkan Tuhan sebagai penyayang - sebahagian besar Isaiah, Hosea, Micah, Deuteronomy.
  2. Menjelaskan bahawa idea Tuhan sebagai pembawa peperangan yang menghukum lagi ganas adalah sebahagian daripada pelaziman pengarang yang bersifat sejarah dan budaya dan bahawa kita dapat mengabaikannya dengan keimanan yang baik, terutamanya dengan pencerahan Perjanjian Baru.

Dalam menentang dua pendekatan ini, Hemer berhujah bahawa tidak mengendahkan atau menjelaskan keganasan yang terdapat dalam Perjanjian Lama merupakan satu kesilapan. Dia menegaskan bahawa "Keganasan bukanlah perkara pinggiran dalam Bible, malah perkara teras, dalam banyak jalan ia adalah isunya, kerana suda tentu ia adalah masalah manusia." Dia menyimpulkan dengan mengatakan bahawa "Bible hakikatnya adalah kisah pelepasan diri yang perlahan, teliti dan kadang-kala terputus-putus daripada idea Tuhan yang ganas kepada Tuhan yang penyayang dan tidak terbabit langsung dengan keganasan."[4]

Gibson dan Matthews menegaskan bahawa banyak kajian tentang keganasan dalam Bible memfokuskan keganasan dalam Perjanjian Lama sambil tidak mengendahkan atau memberi sedikit perhatian kepada Perjanjian Baru. Malahan mereka mendapati lebih menyusahkan "kajian-kajian itu yang mengangkat Perjanjian Baru sebagai sesuatu yang entah kenapa mengandungi penawar bagi keganasan Perjanjian Lama."[5]

Pertentangan yang ketara ini dalam kita-kitab suci antara "Tuhan yang pendendam" dan "Tuhan yang penyayang" adalah asas bagi ketegangan antara kecenderungan irenik dan kecenderungan eristik agama Kristian yang berlanjutan hingga ke hari ini.

  1. ^ Boustan, Ra'anan S. (2010). Violence, Scripture, and Textual Practice in Early Judaism and Christianity. BRILL.
  2. ^ Jenkins, Philip (March 8, 2009). "Dark Passages". Boston Globe. Dicapai pada 2010-11-26. the Bible overflows with "texts of terror," to borrow a phrase coined by the American theologian Phyllis Trible. The Bible contains far more verses praising or urging bloodshed than does the Koran, and biblical violence is often far more extreme, and marked by more indiscriminate savagery. … If the founding text shapes the whole religion, then Judaism and Christianity deserve the utmost condemnation as religions of savagery.
  3. ^ |quote=The Old Testament has a reputation: it is a book filled with violence, including the violence of God. The New Testament commonly avoids such a charge; but it, too, is filled with violent words and deeds, and Jesus and the God of the New Testament are complicit in this violence.
  4. ^ Hemer, John (April 2003). "Violence & The Bible". Dicapai pada 2010-11-21.
  5. ^ Gibson, Leigh; Matthews, Shelly (2005). Violence in the New Testament. Continuum International Publishing Group. m/s. 3.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search